15 Pelajar Cedera – Petir di Melaka. 15 Pelajar terkena panahan petir kira-kira 5.30 petang tadi di Kem Pengakap Bukit Katil , Melaka. 2 daripada pelajar tersebut dilaporkan kritikal, 7 orang separa kritikal dan selebihnya cedera ringan. Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar dari 17 buah sekolah di sekitar negeri Melaka.

Kejadian bermula ketika hujan masih lagi renyai. Petir dikatakan menyambar pokok dan kemudiannya menyambar sebuah khemah di situ. Kesemua pelajar yang terlibat dikejarkan ke Hospital Melaka dan kini berada di Wad Kecemasan dan Trauma.
Reviewed by Isu Semasa on Apr 8
Rating:

Summary: 15 Pelajar Cedera Dipanah Petir di Melaka
15 Pelajar Cedera Dipanah Petir di Melaka. Mereka di rawat di Wad Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
