Penganggur Memilih Pekerjaan?

Kalangan penganggur dinasihati supaya tidak terlalu memilih semasa mencari peluang-peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan di Ekspo Pekerjaan Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada hari Sabtu dan Ahad ini.

penganggur
Menterinya Datuk Dr Yee Moh Chai, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata mereka seharusnya faham mengenai kriteria sesuatu pekerjaan dan berusaha mengumpul maklumat untuk mencari jalan mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan itu, dan bukannya terlalu memilih.

"Kira-kira 2,200 pekerjaan ditawarkan di ekspo ini. Mereka seharunya merebut peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan," katanya dalam satu persidangan akhbar di tapak ekspo itu hari ini.

Menurutnya kira-kira 55 majikan dari pelbagai bidang akan mengambil bahagian dalam ekspo dua hari di Pusat Membeli Belah Suria Sabah Shopping Mall itu, yang akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Beliau berkata temuduga terbuka juga akan diadakan selain sesi kaunseling mengenai cara menulis resume dan menyediakan diri menghadapi temuduga.
Kredit: HMetro