Home  >  Ekonomi  >  Gambar Dan Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Gambar Dan Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime

By   /   December 16, 2011  /   No Comments

Tags: | |

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime – Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime – tarikh keluar Proton Exora Bold Dan Exora Prime turbo
Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Tak lama lagi, Proton Exora Bold Versi Turbo akan dilancarkan, berikut beberapa gambar berkenaan spesifikasi teknikal Proton Exora FL. Terdiri daripada dua varian baharu iaitu Exora Bold dan Exora Prime, dimana ianya dijana enjin CamPro CFE dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork maksimum. Nampaknya kehangatan pelancaran MPV Exora versi turbo kian terasa bahangnya, ramai yang tidak sabar menantikan kemunculannya di depan mata. Apa yang diharapkan ketika ini ialah Proton akan melancarkan model yang dinanti-nantikan ini dalam masa terdekat, mungkin 16hb. Disember ini, sama-sama kita tunggu.

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

 

Exora Bold dan Prime menampilkan rekaan bahagian hadapan dan belakang yang lebih menarik, termasuk perubahan bampar depan, jeriji dan ruang kemasukan udara, lampu utama dengan ciri ‘blacked out’, skirting baru untuk bampar belakang, lampu belakang combi dengan ciri LED dan smoked, serta cermin sisi berkuasa eletrik boleh lipat. Exora Bold dan Prime juga dilengkapi brek cakera di semua roda lengkap dengan ABS dan EBD

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Proton Exora Bold (H-Line) dan Prime (Premium Line) dikuasakan enjin CamPro CFE dengan keluaran kuasa kuda 138hp dan tork maksimum setinggi 205Nm yang bermula dari putaran enjin serendah 2,000rpm. Enjin CamPro CFE dibantu oleh sistem turbo dengan penggunaan transmisi CVT 6-kelajuan.

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

empat varian utama yang bakal ditawarkan:-

-Proton Exora Standard (B-Line) dikuasakan enjin CamPro CPS dan dipadankan dengan transmisi manual sahaja,

-Proton Exora Bold (M-Line), spesifikasi enjin dan transmisi masih sama seperti varian B-Line ( transmisi manual/automatik 4AT)

-Proton Exora Bold versi H-Line, dikuasakan enjin CamPro CFE (Charge Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo bagi meningkatkan kuasa tork. Bagi Exora Bold H-Line,(transmisi tunggal dari jenis CVT 6-kelajuan).

-Proton Exora Prime (Premium Line), dikuasakan enjin CamPro CFE (Charge Fuel Efficiency) cuma perbezaan melibatkan kemasan di bahagian luaran dan interior.,(transmisi tunggal dari jenis CVT 6-kelajuan)

Sumber dan gambar:- Arena Kereta


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also like...

Projek Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia – MDSTP

Read More →