Gempa bumi bermagnitud 5.1 landa Greece

0
37


ATHENS: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 melanda Pulau Rhodes, sebuah kawasan peranginan di Laut Aegean di Greece, namun tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan.

Institut Geodinamik Athens menyebut, gempa dasar laut itu berlaku hari ini di pesisir barat daya pulau itu.

Difahamkan, pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 400 kilometer di tenggara Athens.

Pada 1995, satu gempa bumi bermagnitud 5.9 menggegarkan kawasan berdekatan Athens dengan hampir 143 orang maut manakala ratusan bangunan musnah. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here