Helikopter terhempas dan wanita dirempuh, tunjuk perasaan Virginia bertukar gawat

0
46

VIRGINIA: Tunjuk perasaan oleh ratusan nasionalis berkulit putih di Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad bertukar ganas dengan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut dirempuh kereta.

Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 32 tahun. Insiden turut menyebabkan beberapa yang lain terpelanting ke udara.

Gabenor Virginia, Terry McAuliffe menyalahkan puak neo-Nazi sebagai punca insiden berdarah itu yang telah mencetuskan kemarahan kumpulan anti perarakan yang dianggap bersifat perkauman itu.

Perarakan tercetus sebagai bantahan kepada usaha untuk mengalihkan sebuah patung pejuang Perang Konfiderasi negara itu.

Sementara itu turut menambah ketegangan, apabila dua anggota polis yang sedang mengawal perhimpunan maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas. Punca nahas kini sedang disiasat.

Susulan itu juga arahan darurat dikeluarkan di Virginia.

Dalam reaksinya, Presiden AS, Donald Trump mengutuk keras insiden itu sambil menyifatkan perhimpunan memaparkan ‘sisi buruk’ pelbagai pihak termasuk jelas menanamkan rasa benci dan perkauman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here