Pakar menemui punca utama dan ubat kepada Ekzema?

0
1101
penawar penyakit kulit eczema
Eczema diketahui merupakan penyakit kulit yang belum ditemui penawarnya.

Bertahun lamanya para saintis tidak menemui apakah penyebab sebenar  terjadinya radang kulit yang dinamakan ekzema ini. Setelah sekian lama, sesiapa yang dijangkiti cuma akan diberikan doktor ubat krim untuk mengawal atau mengurangkan perkembangan penyakit kulit ini.

Namun, penyelidikan terbaru Newcastle University memberi harapan baru kepada pesakit ekzema melalui rawatan yang menyasarkan kepada punca permasalahan ini. Pakar mendapati pesakit ekzema kekurangan satu protein penting di dalam kulit mereka yang diberi nama filaggrin. Hal ini seterusnya mendorong terbentuknya pembangunan keadaan atau kawasan kulit yang semakin lemah.

“Kajian ini memperkukuhkan kepentingan kekurangan filaggrin membawa kepada masalah dalam fungsi halangan pada kulit dan menyebabkan seseorang terdedah kepada ekzema”

Penyelidik menguji model kulit manusia yang kurang filaggrin untuk kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Alahan dan Imunologi Klinikal.

Mereka mendapati bahawa dengan mengeluarkan protein tersebut, tercetusnya isyarat yang sama seperti yang dialami pesakit eczema.

Hasil kajian ini membolehkan para saintis untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan ini, seterusnya membuka laluan kepada penawar dan ubat kepada penyakit ini.

Secara purata, sebanyak 3 peratus penduduk dunia dewasa menghidap penyakit ini. Ia lebih biasa di kalangan kanak-kanak, terjadinya sebelum ulang tahun pertama kelahiran dan berterusan sehingga dewasa.

Gatal gatal yang teruk ini mempunyai kesan dalam kehidupan seharian pesakit terutamanya gangguan tidur dan kurang keyakinan dalam menjalankan aktiviti harian mereka.

Juga dikenali sebagai Dermatitis Atopik, keadaan ini menyebabkan luka-luka gatal yang teruk dan berair sekiranya digaru dan tidak dikawal. Pembentukan radang yang pada awalnya seperti kayap ini seterusnya akan menyebabkan kulit rosak dan terdedah kepada jangkitan lain.

Penyakit ekzema yang ketika ini tiada penyawarnya sering diubati dengan rawatan konvensional melalui penggunaan krim steriod yang dikatakan mempunyai kesan sampingan dan menjadi kurang berkesan dari masa ke masa.

– © IsuSemasa Kesihatan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here