PHM mahu bersama Pas dalam Gagasan Sejahtera

0
43



KUALA LUMPUR: Parti Harapan Malaysia (PHM) mahu menyertai kerjasama politik Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dalam Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Timbalan Presiden Penaja PHM, Johari Musa bagaimanapun berkata, pihaknya masih kecewa kerana pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan penubuhan parti berkenaan.

Jelasnya, surat permohonan untuk penubuhan PHM juga sudah dikemukakan sejak 10 Disember 2015 namun sehingga kini statusnya masih belum diluluskan.  

“Kami juga telah bertemu serta berbincang secara tidak rasmi dengan pihak-pihak tertentu terutama dengan beberapa pemimpin Pas Pusat dalam memastikan atau lebih tepatnya untuk PHM menyertai Gagasan Sejahtera menjelang PRU nanti.

“Pemimpin tertentu dari Pas juga sangat berharap PHM dapat segera menyertai Gagasan Sejahtera sebagai pengganti PKR yang kini telah diputuskan hubungan mereka dengan Pas,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

BACA: Pas akan putuskan kerjasama dengan PKR – Majlis Syura

BACA: 

Pas mantapkan gagasan sejahtera, blok ketiga politik hadapi PRU14

Pada tahun lepas, Pas mengumumkan kerjasama politik bersama Ikatan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui bersama antara kedua-dua parti dalam mesyuarat bersama pada 2 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu tegas Johari, ramai pemimpin serta ahli PKR hanya menunggu masa untuk keluar dari parti itu yang dianggap menjadi hamba kepada DAP.

“Ramai di kalangan ahli tidak menyangka PKR sanggup mengkhianati rakan baik mereka iaitu Pas demi menjaga hati DAP.

“Oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada rakan-rakan termasuk pemimpin PKR agar menyertai PHM selepas parti ini diluluskan kelak.

“PHM ditubuhkan untuk menggantikan PKR, kami ingin nyahkan PKR dalam dunia politik di negara ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Johari tidak mendedahkan siapa individu yang menjadi Presiden Penaja PHM.

“Saya akan dedahkan pada masa akan datang. Kami juga dalam proses perbincangan dengan tokoh tertentu untuk diangkat sebagai penasihat parti,” katanya.

Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama Pas mengesahkan parti itu akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan PKR dibuat atas tiga alasan.

Ia termasuk tindakan PKR tidak menyokong pindaan RUU355, membuat kenyataan berbentuk serangan terhadap pimpinan Pas dan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan Pas terutama ketika pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here