Rosma AF jaga suami sakit

0
60


ROSMA komited menjaga suaminya, Khai yang mengalami masalah sakit tulang belakang.- Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Dalam sibuk beraya, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Rosma komited menjaga suaminya, Khai yang mengalami masalah sakit tulang belakang atau ‘slipped disc’.

Rosma memberitahu, Khai perlu mendapat rawatan berterusan daripada doktor bagi mengatasi masalah dihidapi itu.

“Saya tak mahu suami ambil mudah hal ini. Rawatan berterusan dengan pakar tulang perlu dibuat.

“Khai perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dua kali seminggu,” katanya kepada BH Online.

Rosma dan Khai yang juga bekas peserta kumpulan pertama AF, berkahwin pada 2008.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Amzar Danish yang berusia lapan tahun dan Nur Amani Damia Mohd yang kini menginjak usia tiga tahun.

Mengenai perkembangan terbaru dirinya, Rosma berkata, dia akan muncul dengan single Sumpah Setia ciptaan Edry Abdul Halim selepas sedekad tidak merakamkan lagu.

“Mengikut perancangan asal, single itu mahu dipromosikan bulan lalu.

“Namun, disebabkan beberapa masalah termasuk kesihatan Khai, selain saya menjadi artis residen majlis berbuka puasa di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), perancangan itu tertangguh.

“Saya harap lagu Sumpah Setia dapat dipromosikan selepas Aidilfitri. Lagu itu sangat bermakna kerana ia melambangkan kasih sayang saya terhadap Khai,” katanya yang pernah merakamkan album berjudul Demi Kasih Ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here