Saya bergambar 15 minit sahaja, selebihnya fokus beribadah – Rozita Che Wan

0
336
Advertisement

Selebriti popular Rozita Che Wan atau Che Ta menjelaskan dia hanya memperuntukkan masa 15 minit sahaja untuk bergambar ketika berada di Tanah Suci.

Sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sakan bergambar sehingga mengganggu ibadah.

“Walaupun saya membawa jurufoto ke sana, tidaklah sepanjang masa saya perlu bergambar. Paling-paling lama pun 15 minit.

“Selalunya rutin saya apabila di Mekah saya akan bangun awal pagi dan bersarapan. 

“Dalam 10 ke 15 minit selepas itu, sebelum saya masuk ke dalam masjid hanya itu masanya untuk saya bergambar. Selebihnya saya tumpukan beribadah.

“Kalau saya nak bergambar sepanjang masa, lebih baik saya pergi London,” katanya ketika ditemui pada majlis perlantikan duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu juga menjelaskan dia tidak boleh menghalang peminatnya yang terserempak ketika di Tanah Suci untuk bergambar bersamanya.

“Kalau ada peminat mahu bergambar saya takkan mahu tolak, jadi saya masih tunaikan permintaan mereka.

“Saya hanya menjadi diri saya, kalau di Kuala Lumpur atau London pun saya bergaya, di Mekah pun sama.

“Cuma tidaklah melampau pun. Saya tidak bersolek, sebab itulah saya pakai cermin mata hitam dan purdah,” tambahnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ashraf Wajdi pernah menegur trend selebriti tempatan yang menjadikan Mekah sebagai lokasi berfesyen.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here