Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Facebook Membawa Ketagihan. Tidak dinafikan lagi Facebook sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Daripada survey yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka sendiri.

Ketagihan Facebook

Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang mula membuka komputer akan terus masuk ke laman web jaringan tersebut. Golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.

Sebahagian daripada responden merasakan kehidupan mereka yang dikecapi selama ini telah diambil oleh Facebook. Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.

Daripada survey yang dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.

Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.

Cermin Mata Google. Enjin carian terkenal, Google memperkenalkan teknologi baru dalam penghasilan produk fizikal iaitu cermin mata pintar jenis gogal. Projek cermin mata berteknologi Google yang dikenali sebagai Project Glass ini membolehkan seseorang melihat emel, melakukan carian atau mencari arah jalan menggunakan peralatan itu.

Model Cermin Mata Google

Gambar: Model Cermin Mata Google.

Projek itu telah didedahkan di laman social mereka sendiri iaitu Google Plus. Cermin mata tersebut menggunakan kawalan suara dan menawarkan penunjuk arah melalui sistem penentu kedudukan global (GPS).

Produk ini dihasilkan oleh makmal mereka sendiri, Google X dan kini mereka masih mencari idea baru untuk menambah baik cermin mata tersebut.

Paparan Project Glass 1 Paparan cermin mata Google

Gambar: Paparan pada cermin mata Google


IsuSemasa -  Sains Fiksyen kini mula menjadi realiti. Cermin mata Project Glass seolah-olah dipakai oleh watak orang Saiya karya Akira Toriyama dari Jepun menerusi komik Dragon Ball.

5 Laman Web Perkongsian Fail Dalam Pemerhatian MPAA. Motion Picture Association of America (MPAA) dan Recording Industry Association of America (RIAA) kini membuat pemerhatian pada 5 lagi laman web berpotensi tinggi dalam perkongsian fail tidak sah dalam bentuk filem dan muzik.

Laman Perkongsian Fail

Laman web yang disenaraikan adalah Putlocker, Wupload, Depositfiles, FileServe, dan juga MediaFire. Laman web yang disenaraikan ini mempunyai hit yang sangat tinggi iaitu 41 billion setahun dan merupakan 5 website dalam carta tertinggi CyberLocker. Selepas kes Megaupload Januari lalu, pihak berkuasa MPAA dan RIAA semakin giat menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan perkongsian fail yang tidak sah ini. 5 laman web ini berkemungkinan akan disekat, disaman dan juga dikenakan tindakan penjara seperti yang terjadi kepada pemilik Megaupload, Kim DotCom.

Terdapat juga beberapa laman web yang telah mematikan fungsi perkongsian mereka, tidak kurang juga ada yang mengubah tawaran mereka berdasarkan perkhidmatan masing-masing. Walaubagaimanapun, laman web yang juga mempunyai hit yang sangat tinggi seperti Dropbox dan Box.net tidak disenaraikan kerana masing masing menyatakan mereka tidak melanggar undang-undang.

Pengguna internet semakin kurang senang dengan tindakan pihak berkuasa yang menyekat kebebasan berinternet dengan alasan internet merupakan hak masing-masing dan tidak seharusnya disekat.

DAMSYIK: Hampir 50 wanita dan kanak-kanak ditemui mati ditikam atau leher mereka dikelar di bandar Homs yang bergolak. Penemuan itu menyebabkan beratus-ratus keluarga meninggalkan bandar yang telah sebulan dikepung tentera Syria itu, kata para aktivis dan pihak pembangkang rejim Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, semalam.Menurut seorang aktivis Syria, Encik Hadi Abdallah, mayat 26 kanak-kanak dan 21 wanita ditemui di kejiranan Karm el-Zaytoun dan Al-Adawiyeh.

Pergolakan Syria

‘Beberapa kanak-kanak telah dipukul di kepala dengan objek tumpul, tubuh seorang kanak-kanak perempuan dicacatkan dan beberapa wanita dirogol sebelum dibunuh,’ katanya.

Kumpulan pembangkang utama, Majlis Kebangsaan Syria (SNC), menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan untuk membincangkan pembunuhan beramai-ramai yang didakwa berlaku kelmarin itu. Pembunuhan terbaru di Homs berlaku setelah utusan khas PBB-Liga Arab, Encik Kofi Annan, meninggalkan Damsyik kelmarin tanpa berjaya mendapatkan persetujuan Encik Assad agar pertumpahan darah dihentikan di Syria.

Menurut kumpulan hak asasi Syrian Obervatory, lebih daripada 8,500 orang terbunuh sejak pemberontakan bermula Mac tahun lalu. Encik Annan dijangka menemui Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, semalam. Beliau dijangka membincangkan butir-butir kunjungannya ke Damsyik dengan Encik Erdogan sebelum menemui Menteri Luar Turkey, Encik Ahmet Davutoglu.

Turkey, yang sebelum ini merupakan sekutu kuat Syria, semakin lantang menentang kekerasan rejim Damsyik terhadap rakyatnya dan menggesa Encik Assad supaya meletakkan jawatannya.

Sumber - AFP.

MARI themes

Dikuasakan oleh Blogger.