Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM ) telah dipilih sebagai peneraju utama bagi penubuhan Akademi Internet of Things (IOT) dengan kerjasama Samsung. Ini menjadikan UTeM institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini dan juga di rantau Asia untuk program sebegini.

[youtube src="2Ki2XN5lpOA"][/youtube]

Kerjasama pintar antara UTeM dan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd ini amat diharapkan dari pihak kementerian sendiri demi membangunkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara kita. Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh menyambut baik segala bentuk kerjasama dari kedua dua pihak kerana bakal memberikan impak yang baik serta positif khususnya kepada pembangunan pendidikan dan industri.

“UTeM menjadi pilihan utama penubuhan Akademi IOT Samsung ini kerana ia merupakan Universiti teknikal terbaik di negara ini yang mendorong inovasi dan kemajuan teknologi secara berterusan,” katanya selepas merasmikan Akademi IOT Samsung di Kampus UTeM Ayer Keroh baru baru ini.

Menerusi akademi ini, pensyarah UTeM akan dilatih oleh pakar Samsung tentang modul dan sistem operasi yang akan dijalankan sebelum menyampaikan kepada pelajar-pelajar mereka.

Program Akademi ini tidak tertakluk kepada pelajar UTeM semata mata kerana program ini dikatakan akan melibatkan 1200 pelajar dari seluruh negara. Mereka ini akan menjadi kumpulan perintis IOT menerusi latihan latihan yang akan dijalankan. 

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan bahawa pemindahan rahim daripada seorang wanita kepada wanita lain yang bermasalah melalui proses pendermaan organ adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Gambar Bayi dalam Rahim Wanita

Hukum bagi menderma rahim bagi yang memerlukan adalah harus, namun ketiadaan organ peranakan itu  akan menjejaskan nyawa seseorang wanita. Jadi, terdapat syarat yang penting serta dibolehkan antaranya syarat rahim tersebut haruslah diterima dari wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima tersebut pula mengalami masalah rahim.

"Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran," katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Hospital Universiti Akdeniz, Antalya Turki menjadi hospital pertama yang mencatat sejarah dengan kejayaan pertama pemindahan rahim oleh Dr. Omer Ozkan dan pasukannya pada Ogos tahun lepas. Derya Sert, 22 adalah penerima rahim tersebut yang mempunyai masalah kerana dilahirkan tanpa rahim.

Antara syarat lain yang membolehkan pemindahan organ tersebut berlaku adalah seperti yang digariskan mengikut Islam seperti mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan sebarang urusan jual beli. Pendermaan dan penerimaan organ melalui orang bukan Islam adalah dibenarkan dan perkara tersebut tidak sepatutnya menimbulkan sebarang syak serta salah faham.

PTPTN Ijazah Kelas Pertama Tidak Perlu Bayar Baki Pinjaman. Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat Ijazah Kelas Pertama sehingga Disember 2011 dikecualikan daripada membayar balik baki pinjaman tersebut.

PTPTN dikecualikan dari Ijazah Kelas Pertama

Ini bermakna pinjaman tersebut ditukar status menjadi biasiswa dan seramai 11,764 peminjam yang layak dikecualikan daripada pembayaran balik pinjam PTPTN dengan jumlah bayaran melebihi RM339 juta.

Daripada jumlah itu, 8,818 pelajar adalah berketurunan Cina, 2,347 berketurunan melayu, 456 berketurunan India, 50 berketurunan Bumiputera Sabah, 34 berketurunan Bumiputera Sarawak dan 59 berketurunan lain-lain.

Daripada keseluruhan 887,376 peminjam, seramai 742,924 peminjam yang sedang membayar balik pinjaman dengan nilai hampir RM3 billion. Jumlah peminjam itu merupakan 83 peratus daripada keseluruhan peminjam. Berdasarkan rekod bayaran balik peminjam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mendakwa PTPTN tidak menjadi satu bebanan kepada peminjam dan ia cuma mainan politik. Namun beliau tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat penambahbaikan perlu dilakukan terutama berkaitan dengan cas pentadbiran.

Pengecualian yang mengikut sistem merit ini nampaknya cukup adil bagi pelajar yang bersungguh-sunguh semasa mereka sedang belajar. Baki 17 peratus peminjam yang masih belum membuat pembayaran PTPTN mungkin menghadapi masalah pekerjaan ataupun baki PTPTN yang sudah terkumpul terlalu banyak sehingga mereka merasakan tidak mampu untuk membayar lagi.

Namun demikian, tiada maklumat lanjut mengenai penguatkuasaan pengecualian pembayaran ini setakat ini. Peminjam Ijazah Kelas Pertama boleh menghubungi terus pihak PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Tahukah anda di mana kedudukan titik tengah di Semenanjung Malaysia dan apakah kegunaan dan kepentingan titik tengah ini kepada negara dan penduduk setempat?

Titik tengah semenanjung Malaysia

Sebelum ini terdapat dua pendapat popular mengenai titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu satu di Lipis dan satu lagi di Kampung Kertau, Maran Pahang. Walaubagaimanapun, lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia sebenarnya telah ditetapkan sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi dan lokasi sebenarnya adalah di Kampung Belimbing yang terletak di Lipis.

Kepentingan Kampung Belimbing ini adalah terletaknya batu penanda 0km (kosong kilometer) yang menjadikan tempat ini sebagai rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.

Semakan SPM 2011 Online dan SMS. Hari ini 21 Mac 2012, pelajar lepasan SPM 2011 boleh membuat semakan SPM 2011 melalui SMS dan Online. Semakan boleh dibuat bermula pukul 12 tengah hari.

Semakan SPM 2011

Cara Semak Keputusan SPM 2011 ;

1. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Untuk semak keputusan SPM 2011, taip SPM <No. KP> <NoAngkaGiliran> dan hantar ke 15888

Contoh:  SPM 941117125971 BH019B173

atau

2. Melalui perkhidmatan online

Untuk semak keputusan SPM 2011, anda hanya perlu layari laman web rasmi:

http://www.moe.gov.my atau http://www.mpm.edu.my

Sekiranya anda ingin semak pada hari ini, pastikan anda sabar kerana trafik dari sistem sms dan online pastinya sangat tinggi dan proses dijangka mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya.

Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!

Tarikh sebenar keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012. Sebelum ini tarikh keputusan spm 2011 akan diumumkan pada 22 Mac tetapi ternyata belum boleh dipastikan. Hal ini kerana terdapat surat bertulis yang dikeluarkan kepada Pengetua sekolah telahpun tersebar di laman social Facebook. Surat bertulis itu menyatakan pengetua boleh mengambil slip keputusan seawal pukul 10 pagi di Pejabat Pelajaran Daerah. Ini bermakna pelajar boleh mula berkira kira untuk mengambil result SPM 2011 selepas waktu itu.

Tarikh Keputusan SPM 2011

Update: Status Facebook KPM terkini:

[information]Sukacita dimaklumkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Sidang Media Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 21 Mac 2012, masa 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, KPM, Aras 6, Blok E8, Kompleks E, Putrajaya.[/information]

Semakan Keputusan SPM 2011 melalui SMS:

Taip SPM<jarak>Kad Pengenalan<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Semakan Keputusan SPM online:

Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/

Keputusan STPM 2011

Majlis Peperiksaan Malaysian (MPM) telah membuat kenyataan bahawa tarikh Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan pada rabu depan. Calon calon boleh mula mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing masing bermula pukul 12 tengah hari. Calon persendirian pula akan menerima melalui pos.

Khimat pesanan ringkas (SMS) juga disediakan bagi membolehkan calon STPM mendapatkan keputusan dengan lebih mudah. Mereka boleh menghantar pesanan STPM Result<jarak>No.KadPengenalan dan hantarkan ke 15888

Selain itu, mereka juga boleh membuat semakan keputusan melalui capaian laman web iaitu di laman web MPM http://www.mpm.edu.my bermula pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

MARI themes

Dikuasakan oleh Blogger.