Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Datuk Lee Chong Wei meneruskan misi dan harapan negara apabila menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Shah Alam hari ini.

Chong Wei terbuka malaysia 2016

Perlawanan yang berlangsung selama 40 minit itu membuahkan hasil apabila Lee Chong Wei dapat menjinakkan pihak lawan dengan keputusan perlawanan straight set 21-14, 21-13.

Pemain yang bakal bertemu Chong Wei pada perlawanan separuh akhir nanti juga merupakan pemain Denmark, Jan O Jorgensen yang mengejutkan pemain pilihan kejohanan kali ini iaitu Lin Dan dengan kemenangan mudah 21-17, 21-4.


Ranking Malaysia dalam FIFA jatuh lagi ke tahap terburuk dalam sejarah bola sepak negara. Malaysia mendapat tempat ke 174 ( 7 April 2016 ) daripada 209 buah negara menerusi ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa itu.



Pada awal tahun ini Malaysia berada pada kedudukan 172 sebelum naik lima anak tangga menjadikan ranking 166 pada bulan Mac lepas. Walaubagaimanapun, ranking Malaysia kembali jatuh berikutan kekalahan 2 gol berbalas 0 menentang Arab Saudi tempoh hari pada kelayakan piala dunia 2018/ Piala Asia 2019. Keputusan seri dan tanpa jaringan menentang Macau (ranking 190) baru baru ini juga menjadi faktor kejatuhan ranking Malaysia.

Pasukan bola sepak Malaysia kini mempunyai ranking sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak yang lengkap di negara mereka seperti Samoa (170),  Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179)

Malaysia mencatat ranking terbaik pada tahun 1995 iaitu pada kedudukan ke 75. Negara jiran Filipina yang juga merupakan tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2016 menunjukkan peningkatan ketara dengan melonjak 19 anak tangga menjadikan kedudukan mereka sekarang di tangga ke 116 dunia.

Liga S - Harimau Muda VS Home United FC. Setelah mencatatkan rekod tanpa kalah di Liga S  menerusi 6 perlawanan sebelum ini, Harimau Muda terpaksa akur dengan kekalahan pertama mereka dalam saingan Liga S menentang Home United FC malam tadi (8 April 2012).

Tandukan Frederic Mendy

Gambar: Frederic Mendy menanduk bola untuk disudahkan oleh Shotaro Ihata.

Harimau Muda yang turun dengan jersi biru muda, tewas 1 - 2 menerusi jaringan seawal minit ke 13 yang telah dijaringkan oleh Shotaro Ihata hasil dari hantaran tanduk Frederic Mendy.

Ahmad Hazwan tampak yakin dan konsisten apabila sekali lagi berjaya menjaringkan gol penyamaan dengan rembatan jarak jauhnya sekaligus menewaskan penjaga gol Home United pada minit ke 50.

Walaubagaimanapun, gol tersebut hanya bertahan selama 10 minit sebelum Frederic Mendy menembusi dua pertahanan Harimau Muda seterusnya menjaringkan gol kedua Home United yang juga gol kemenangan mereka pada minit ke 61.

Video Harimau Muda VS Home United FC



Kedudukan Terkini Harimau Muda di Liga S

Kedudukan Terkini Harimau Muda di Liga S

Tan Sri Annuar Musa Digantung 2 Tahun 6 Bulan. Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahupun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkuat kuasa serta-merta setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco), 4 Februari lalu.

Tan Sri Annuar Musa Digantung

Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dianggotai lapan orang selepas mesyuarat lebih tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam itu dijalankan secara berturutan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Sumber: Utusan

Liga S - Harimau Muda Kekalkan Rekod Tanpa Kalah. Selepas mengharungi 6 perlawanan, Harimau Muda tampak garang apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Empat kemenangan dan dua keputusan seri menempatkan Harimau Muda di tangga ke-2 Liga S.

Harimau Muda VS SAFFC

Perlawanan semalam menyaksikan pertemuan Harimau Muda menentang Singapore Armed Forces FC (SAFFC) di Stadium Choa Chu Kang yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Harimau Muda, 2 gol berbalas 1. Dua jaringan telah dihasilkan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke 69 dan Ahmad Hazwan 3 minit sebelum perlawanan tamat.

Video Harimau Muda VS Singapore Armed Forces FC (SAFFC)



Barisan pemain Harimau Muda semalam:

Harimau Muda: Izham Tarmizi, Shahrul Saad, Amer Saidin, Fadhli Shas, Fandi Othman, Azzizan Nordin (Ferris Danial 81'), Gary Robbat, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari (Nazmi Faiz 56'), Thamil Arasu (D. Saarvindran 86'), Ahmad Hazwan.

Kedudukan Terkini Liga S:

Kedudukan Terkini Harimau Muda di Liga S

Keputusan Malaysia Syria 14 Mac Kelayakan Olimpik. Tugas Harimau Muda untuk mendapatkan sekurang kurangnya 1 mata dalam pusingan kelayakan Olimpik lebur apabila kalah pada kepada Syria 3-0

Malaysia Syria 14 MAc

Gol pertama terhasil melalui sepakan jarak jauh pemain Syria terus ke gawang pada minit ke 47 permainan. Sepakan terus ke gawang ini sekaligus menewaskan penjaga gol Izham Tarmizi.

Pada minit ke 67, M. Mardec sekali lagi menjaringkan gol untuk Syria.  M.Mardec bijak menyungkit bola melepasi penjaga gol seterusnya menjadikan kedudukan 2-0.

Gol terakhir disumbangkan M sumar pada minit ke 80. Dengan kemenangan ini Syria akan ke perlawanan play off . Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C,  Bahrain kalah kepada Jepun.

Keputusan penuh: Malaysia 0 - 3 Syria

Harimau Muda Liga S

Harimau Muda memperoleh kemenangan kedua mereka dalam perlawanan di Liga Singapura selepas selesa menewaskan Tanjong Pagar United 3-0 di Stadium Yishun di Singapura semalam.

Jaringan awal dilakukan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke 15 sebelum Gary Steven Robbat menggandakan kelebihan dalam masa kecederaan separuh masa pertama. Hafiz Osman dari Tanjong Pagar mendapat kad merah pada penghujung separuh masa kedua sebelum Harimau menambah gol ketiga menerusi penalti oleh A. ThamilArasu

Kemenangan ini menjadikan Harimau Muda di tempat kedua dengan enam mata, tiga mata di belakang Albirex Niigata yang telah bermain lebih satu perlawanan. Jurulatih Ong Kim Swee meletakkan pemain baru, Azizan Nordin di bahagian tengah bersama-sama Gary sebelum Nazmi Faiz Mansor dibawa masuk pada minit ke-53 menggantikan Gary.

Thamil juga terpaksa akur apabila dimasukkan dua minit kemudian, menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor. Kapten Mahali Jasuli terpaksa melupakan seketika perlawanan ini akibat kecederaan semasa kelayakan Olimpik menentang Jepun minggu lepas dan beliau telah digantikan oleh Affize Faisal Mamat.

MARI themes

Dikuasakan oleh Blogger.