Suspek dikehendaki polis maut terjatuh tingkat 12 flat PPR

0
380
Advertisement



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang diburu polis mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 blok di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak, di sini malam tadi.

Insiden berlaku sekitar jam 11 malam ketika polis sedang membuat pemeriksaan di kediaman suspek.

Difahamkan sebelum itu, polis cuba meminta suspek menyerah diri namun suspek lari meloloskan diri menerusi tingkap dapur.

Mangsa  kemudiannya dikatakan terjatuh.

Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur.
Dia yang berusia 22 tahun itu diburu kerana disyaki terbabit dalam jenayah berat.

Sehingga kini identiti sebenar suspek masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here