Tehran tuduh AS sebar 'Iranofobia' untuk jual senjata

0
70


DONALD Trump mengakhiri lawatan ke Arab Saudi. – Foto AFP

DUBAI: Iran menuduh Amerika Syarikat (AS) menjual senjata kepada ‘pengganas berbahaya’ di Timur Tengah dan menyebarkan ‘Iranofobia’ untuk menggalakkan negara Arab membeli senjata, lapor televisyen kerajaan hari ini.

“Presiden AS cuba menggalakkan negara di rantau ini membeli lebih banyak senjata dengan berulang kali membuat dakwaan yang tidak berasas mengenai Iran,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi, sehari selepas Presiden Donald Trump mengakhiri lawatan ke Arab Saudi dan menandatangani perjanjian pembelian senjata bernilai hampir AS$110 bilion (RM474 bilion).

Selain menghantar mesej keras kepada Tehran sejurus selepas Presiden Hassan Rouhani dipilih semula, Trump menggesa pemimpin Arab dan Islam bersatu mengalahkan militan Daesh, selain menuduh Iran mengapi-apikan keganasan dan pertelingkahan puak sejak sejak berpuluh tahun lalu.

Arab Saudi dan Iran bersaing untuk memperluaskan pengaruh di Timur Tengah dan masing-masing menyokong kumpulan politik atau tentera saingan di Syria, Lebanon, Iraq dan Yaman.

Iran menafikan tuduhan Arab Saudi bahawa ia menyalurkan bantuan kewangan dan tentera kepada kumpulan yang memusuhi Riyadh.

Qassemi berkata, Washington menguatkan semula kumpulan pengganas di rantau ini dengan dasar bermusuhan dan perlu berhenti menjual senjata kepada pengganas berbahaya.

“Iran adalah negara demokratik, stabil dan kuat yang mengalakkan keamanan dan menentang keganasan,” kata Qassemi yang ditujukan kepada AS dan sekutunya. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here