1 maut, 6 cedera lelaki naik skuter lepas tembakan

0
8


TOULOUSE: Seorang maut, dua parah dan empat cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di bandar raya Toulouse di selatan Perancis lewat semalam.

Media tempatan melaporkan penembak yang menunggang skuter itu melepaskan tembakan kira-kira jam 9.00 malam waktu tempatan di daerah La Reynerie, Toulouse.

“Semua kemungkinan diambil kira tetapi pada tahap ini, tiada petunjuk elemen keganasan ada kaitan dengan kejadian itu,” kata pegawai.

Teori popular adalah ia perbuatan membalas dendam.

Sementara itu, pegawai tempatan berkata kawalan keselamatan ditambah di kawasan itu.

Tahun lalu, daerah itu menjadi lokasi dua kejadian tembakan. Satu daripadanya membabitkan seorang lelaki Russia berketurunan Chechen yang ditembak mati lelaki tidak dikenali Julai tahun lalu.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here