10 cedera kenderaan rempuh pejalan kaki

0
64


10 orang dilaporkan cedera selepas sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pejalan kaki berhampiran kawasan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, semalam. – Foto REUTERS

BOSTON: Seramai 10 orang dilaporkan cedera selepas sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pejalan kaki berhampiran kawasan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, semalam.

Media tempatan melaporkan, kejadian berkenaan adalah kemalangan.

Menurut polis Massachusetts dalam Twitter, pasukan bomba dan perkhidmatan kecemasan, berada di lokasi kejadian di wilayah Boston Timur.

“Laporan awal menunjukkan beberapa pejalan kaki cedera, dengan pelbagai tahap kecederaan, ” kata polis.

Kejadian adalah kemalangan, berkemungkinan disebabkan pemandu kenderaan menekan minyak, bukannya pedal brek, lapor saluran televisyen WCVB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here