10 maut, 22 cedera bom kereta meletup

0
41


BAGHDAD: Bom kereta yang meletup di luar kedai aiskrim popular di ibu negara Iraq mengorbankan 10 orang dan mencederakan 22 lagi.

Pegawai hospital dan polis berkata, serangan berlaku lewat semalam beberapa hari selepas Ramadan bermula.

Apabila umat Islam berbuka puasa, restoran dan kafe di Baghdad segera dipenuhi pengunjung.

Pegawai berkata, pengeboman menyasarkan kedai aiskrim popular di tengah bandar raya itu dan membabitkan bahan letupan yang ditinggalkan dalam kereta.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas serangan itu, tetapi Daesh mendakwa melancarkan serangan seumpama itu pada masa lalu, termasuk pengeboman trak pada Ramadan tahun lalu yang meragut ratusan nyawa. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here