10 maut akibat konflik tanah di Brazil

0
38


PEGAWAI polis berkawal di lokasi kejadian jenayah di timur laut Brazil. – Foto Reuters

SAO PAULO: Sembilan lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam satu operasi polis di timur laut Brazil, dipercayai mempunyai kaitan dengan konflik tanah yang berlarutan di negara itu.

Polis berkata, operasi itu dijalankan bagi menyiasat kegiatan jenayah, sebelum mereka diserang ketika berada kawasan ladang di Santa Kucia, iaitu kira-kira 860 kilometer dari Belem, ibu negeri Para.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Tanah Pastoral (CPT) yang mempunyai kaitan dengan gereja Roman Katolik dan bertindak bagi pihak penduduk miskin berkata, polis melakukan ‘integrasi semula harta’ atas arahan hakim perbandaran di bandar Redencion.

Pada bulan lalu, Brazil digemparkan oleh kejadian sama yang mengorbankan sembilan orang, juga dipercayai berpunca daripada pertikaian tanah di kawasan luar bandar di barat negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here