10 tentera Mesir terbunuh

0
18



SERAMAI 10 tentera Mesir, termasuk seorang kolonel terbunuh dalam serangan bom kereta di pusat pemeriksaan di utara Sinai, hari ini.

Menurut sumber, dua kenderaan diletupkan ketika melalui pusat pemeriksaan antara Rafah dengan Sheikh Zuweid.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Mesir menghadapi pemberontakan diketuai Negara Islam (IS) di Sinai Utara yang sudah mengorbankan ratusan tentera dan polis sejak 2013 selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi.

Januari lalu, serangan bom sebuah lori yang sarat dengan bahan letupan membunuh 10 orang dan 22 lagi cedera di luar sebuah bangunan polis Mesir di el-Arish, Sinai Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2017 @ 5:07 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here