100 pemilik senjata dalam senarai pemerhatian antikeganasan

0
51


Gerard Collomb. – Foto AFP

PARIS: Pihak berkuasa Perancis mengenal pasti kira-kira 100 orang dipercayai memiliki senjata secara sah walaupun berada dalam senarai pemerhatian antikeganasan, kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb.

Pengumuman dibuat dua minggu selepas seorang lelaki memandu kereta dipenuhi senjata dan tong gas merempuh van polis di Champs-Elysees, terbaru dalam siri serangan militan di Perancis sejak 2015.

Penyerang berkenaan, Adam Djaziri, satu-satunya yang terbunuh dalam kejadian itu, tetapi serangan berkenaan membangkitkan persoalan bagaimana lelaki berusia 31 tahun itu berjaya memiliki senjata secara sah walaupun disahkan sebagai radikal Islam dua tahun lalu.

Dalam temubual dengan akhbar Le Figaro dua hari selepas kejadian 19 Jun lalu, Collomb berkata, beliau meminta siasatan dibuat mengenai kes serupa.

Collomb memberitahu sesi keterangan Senat mengenai undang-undang baru antikeganasan yang dicadangkan semalam bahawa ‘mereka mengenal pasti kira-kira 100 individu yang seperti Djaziri, memiliki senjata berdaftar walaupun ada dalam senarai pemerhatian.

“Mereka yang mahu melancarkan serangan berada dalam pemerhatian, dan pada masa sama adalah pemilik sah senjata.

“Ini petunjuk sistem yang tidak berfungsi,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here