1,000 ahli BERSATU keluar parti

0
50



Lebih 1,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak diketuai ketua penaja bahagian BERSATU Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja bahagian BERSATU Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu susulan kegagalan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau.

Bercakap dalam satu sidang media di Ipoh, Azrul Suhadi berkata, rata-rata anggota yang bertindak meninggalkan parti itu juga merupakan penggerak asal selain telah banyak bersusah payah mewujudkan PPBM di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Penyelaras PPBM Pasir Salak Mohamad Hasan pula berkata tindakan keluar parti itu bersifat rela hati tanpa didorong mana-mana pihak tidak berkepentingan.

Beliau berkata amalan kronisme yang semakin ketara dalam PPBM turut menjadi penyumbang kepada tindakannya itu.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here