11 aduan serangan seksual ketika festival larian lembu

0
12


MADRID: Sebelas orang ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual sepanjang pesta larian lembu di Pamplona, tahun ini kata pihak berkuasa Sepanyol.

Acara tahunan San Fermin disertai beratus-ratus ribu orang setiap tahun termasuk acara larian lembu selama 24 jam selama beberapa hari, dicemari kes serangan seksual, sejak beberapa tahun lalu.

Dewan perbandaran Pamplona berkata, polis menerima 14 aduan berkaitan serangan seksual dan cabul ketika sambutan selama sembilan hari itu.

Pamplona sebelum ini meningkatkan kempen mencegah serangan seksual di festival itu selepas seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dirogol lima lelaki dari Seville, tahun lalu dan merakamkan perbuatan mereka.

Pihak berkuasa perbandaran mengambil langkah menampal papan tanda di bandar itu dengan slogan “Pamplona bebas daripada keganasan seksual.”

Festival itu diadakan sejak zaman pertengahan Eropah yang menyaksikan perarakan keagamaan, tarian tradisional, konsert dan minum arak sepanjang hari.

Namun, tumpuan utama adalah acara larian lembu yang menguji keberanian berdepan rempuhan lembu laga menerusi jalan di bandar itu.

Polis berkata, 64 orang cedera dalam acara lari lembu tahun ini dan 12 daripadanya dikejarkan ke hospital.

Walaupun berbahaya, hanya 15 orang terbunuh sejak larian lembu dianjurkan pada 1911 dengan kematian terakhir adalah pada 2009. AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here