11 ditemui terbunuh dalam rumah di Mexico

0
25


MEXICO CITY: Sebelas orang ditemui terbunuh dalam sebuah rumah di bandar raya Tizayuca di tengah negeri Hidalgo di Mexico, kata pihak berkuasa dalam kenyataan hari ini.

Punca kematian tidak diketahui dan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu.

Mereka dibunuh, dan berasal dari Mexico, kata sumber di pejabat Peguam Negara yang tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Lebih 100,000 maut dalam keganasan berkaitan dadah sejak 2007, apabila bekas Presiden Felipe Calderon menghantar tentera memerangi kartel dadah, dan sekurang-kurangnya 30,000 lagi hilang.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here