11 maut bas langgar pokok di Pakistan

0
25


– Foto fail AFP

MULTAN, Pakistan: Kira-kira 11 maut manakala 36 lagi cedera selepas bas yang dinaiki melanggar sebatang pokok lalu terbalik, hari ini.

Insiden itu adalah yang terbaharu di Pakistan dipercayai akibat keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dan sikap pemandu cuai.

Pada 25 Jun lalu, 205 mangsa terkorban apabila lori tangki yang membawa 40,000 liter minyak meletup ketika dalam perjalanan dari Karachi ke Lahore.

“Bas yang dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi itu dipandu dengan laju sebelum merempuh sebuah traktor, kemudian sebatang pokok.

“Kejadian berhampiran bandar Layyah itu menyebabkan 11 penumpang maut, manakala 36 lagi cedera dan 18 daripadanya parah,” kata pegawai pentadbir kanan tempatan di Layyah, Wajid Ali Shah.

Sementara itu, pegawai polis tempatan, Inayat Baloch turut mengesahkan kejadian dan jumlah kematian. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here