11 maut dalam kemalangan bas di Chile

0
14

TIRUA: Sebuah bas yang tidak dapat dikawal terbabas dan terbalik di selatan Chile pada Sabtu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala 20 lagi cedera, lapor Reuters.

Bas tersebut membawa 45 penumpang termasuk pegawai-pegawai daripada sebuah pusat kesihatan keluarga tempatan yang sering menemui suku kaum Mapuche untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Mereka sedang dalam perjalanan di laluan yang menghubungkan Victoria dengan Curacautin di rantau Araucania.

Pihak berkuasa berkata, sementara punca kemalangan masih dalam siasatan, mereka tidak menolak kemungkinan bas itu dipandu laju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here