11 pemandu maut diserang hendap

0
105
Advertisement



JOHANNESBURG: Seramai 11 pemandu bas mini maut, manakala empat lagi cedera selepas seorang lelaki yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang mereka naiki di wilayah KwaZulu Natal.

Menurut pesuruhjaya polis kebangsaan, Khehla Sitole, kesemua mangsa diserang hendap ketika dalam perjalanan pulang ke Johannesburg selepas menghadiri majlis pengebumian rakan mereka pada Sabtu lalu.

“Laporan awal menunjukkan 11 mangsa itu adalah daripada 17 individu yang menghadiri majlis pengebumian itu.

“Empat lagi mangsa cedera parah, sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis sudah melancarkan operasi memburu pihak yang bertanggungjawab.

“Kami akan menunggu hasil siasatan lengkap sebelum membuat spekulasi mengenai motif kejadian,” kata Sitole.

Sementara itu, bas mini adalah pengangkutan penting bagi jutaan rakyat Afrika Selatan, tetapi sering berlaku keganasan sesama mereka berikutan saingan merebut laluan yang lebih menguntungkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here