12 maut, bom kereta rempuh kubu pemberontak Syria

0
37


BEIRUT: Sekurang-kurangnya 12 maut apabila pengebom nekad berkereta merempuh pemberontak yang berkumpul di wilayah dikuasai mereka di Idlib, semalam.

Menurut sumber pemberontak, rempuhan itu menyebabkan sebuah kilang tekstil digunakan sebagai ibu pejabat anggota Hayat Tahrir al Sham, bekas sekutu Al-Qaeda dikenali Barisan Nusra, terbakar.

Sejak beberapa hari lalu, sekutu pemberontak kerap melancarkan serangan dalam usaha menyingkirkan serpihan Daesh di Idlib.

Setakat ini, 100 orang ditangkap, didakwa kumpulan pemberontak pemimpin kanan yang bertanggungjawab ke atas rentetan pembunuhan dan letupan di wilayah itu.

Wilayah Idlib dikuasai militan Daesh walaupun wujud kehadiran kumpulan sederhana Tentera Bebas Syria disokong Barat. -Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here