12 maut makan daging lembu yang mati dipatuk ular

0
117
Advertisement

JOHANNESBURG: Sejumlah 12 orang dilaporkan mati setelah memakan daging seekor lembu yang mati dipatuk ular tedung selar.

Mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak dan tujuh warga emas, lapor portal All Africa.

Mangsa adalah antara 60 penduduk kampung Mpoza di Afrika Selatan yang dikejarkan ke hospital pada Jumaat akibat keracunan berpunca daripada daging tercemar itu.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa termasuk 16 kanak-kanak dari kampung tersebut mengalami cirit-birit dan muntah-muntah dan kini dirawat di Hospital Wilayah Mthatha dan Hospital Akademik Nelson Mandela.

Menurut kenyataan pihak hospital, daging lembu yang dimakan mangsa masih mengandungi racun ular berbisa itu walaupun ia telah dimasak.

Pihak berkuasa tempatan dalam pada itu dikatakan telah mengeluarkan arahan agar penduduk tidak memakan haiwan yang ditemukan mati tanpa mengetahui puncanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here