12 tahun jaga isteri lumpuh, peminat kesal pernah anggap Edika Yusof 'playboy'

0
45

NAMANYA pernah dipuja peminat. Wajah tampannya ketika itu menjadi igauan ramai.

Dia punya kelebihan untuk menarik perhatian mana-mana wanita. Namun, dia memilih untuk setia kerana sedar harga kesetiaan itu cukup mahal.

Dalam satu temuramah dengan stesen radio Sinar FM, pelakon Edika Yusof berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu.

Perkongsian di laman Facebook Sinar FM itu mendapat perhatian ramai pengakuan Edika yang langsung tidak terfikir untuk berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.

“Kahwin dua takkan menyelesaikan masalah. Jika ditakdirkan isteri kedua juga lumpuh, bermakna bertambah juga tanggungjawab saya,” kata Edika.

Selain rasa simpati, ada netizen yang meluahkan rasa kesal kerana pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap Edika.

Edika, di zaman kegemilangannya, sering dianggap ‘playboy’ dan kasanova kerana gaya dan ketampanannya.

Ditambah pula dengan watak Jefri, lelaki yang cintanya berubah sekelip mata dalam filem box office Maria Mariana, yang dilakonkan Edika, seolah-olah menguatkan lagi tanggapan itu.

Antara luahan yang paling mendapat perhatian adalah dari seorang pengguna Facebook dengan nama Nun Husna.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nor, juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan status berikut.
Kata Nor, dia kagum dengan kekuatan yang dipamerkan Edika walaupun diuji dengan sebegitu hebat.

“Ada suami yang nak tunggu isteri selesai berpantang pun tak mampu.

“Apabila berdepan masalah dan sumber rujukannya adalah Allah, maka Insya Allah terangkatlah darjat seorang hamba,” tulis Nor.

Video pengakuan Edika itu telah mendapat 1.4 juta tontonan, dengan lebih 47 ribu perkongsian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here