1,200 militan Daesh di Filipina

0
46


RYAMIZARD Ryacudu (tengah) bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat antara pertahanan AS dan pemimpin pertahanan ASEAN di Institut 16 Kajian Strategik (IISS), Dialog Shangri-La Summit di Singapura. -Foto AFP

SINGAPURA: Kira-kira 1,200 anggota kumpulan pengganas Daesh berada di Filipina termasuk dengan 40 daripada mereka adalah dari Indonesia, kata Menteri Pertahanan Indonesia kepada forum keselamatan antarabangsa, hari ini.

Bercakap di Singapura ketika tentera Filipina dan pengganas bertempur di Marawi City, Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu menyifatkan militan terbabit sebagai ‘mesin pembunuh’ dan menggesa kerjasama penuh serantau memerangi mereka.

“Malam tadi, saya difahamkan ada 1,200 pengganas Daesh di Filipina dengan 40 daripadanya adalah dari Indonesia, ” kata Ryacudu kepada Dialog Shangri-La.

Ancaman peningkatan aktiviti keganasan termasuk kepulangan beratus-ratus militan Asia Tenggara yang berperang untuk Daesh di Syria dan Iraq menjadi isu utama dalam persidangan tiga hari itu.

Setiausaha Usaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis turut hadir.

Beratus-ratus pengganas Daesh mengganas di Marawi, bandar dengan kira-kira 200,000 penduduk kebanyakannya Islam di selatan negara itu selepas tentera kerajaan cuba menahan pemimpin mereka, Isnilon Hapilon, sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, sehingga 50 pengganas masih mengawal pusat bandar itu, dua minggu selepas pertempuran bermula yang sudah mengorbankan 177 orang termasuk 120 militan, setakat ini.

“Bagaimana kita mahu menangani pengganas asing ini, kita perlu lebih menyeluruh dengan mencari kaedah lebih lengkap tetapi dalam keadaan penuh berhati-hari kerana mereka mesin pembunuh, ” kata Ryacudu.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here