13 maut serangan bom kereta di Afghanistan

0
49


KHOST, Afghanistan: Seramai 13 orang maut dalam serangan bom kereta di bandar Khost, timur Afghanistan, serangan pertama oleh pemberontak pada hari pertama umat Islam menyambut Ramadan.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, namun, pihak berkuasa wilayah berkata, serangan itu menyasarkan militan prokerajaan yang dibiaya Agensi Risikan Pusat (CIA) di Khost.

Insiden itu adalah serangan terbaru ke atas militan disokong Barat, ketika Taliban meningkatkan operasi pada musim bunga sejak 15 tahun dikalahkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

“Serangan pengebom nekad di wilayah Khost itu mengorbankan 13 orang dan mencederakan enam yang lain termasuk dua kanak-kanak,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish.

“Sasaran utama penyerang nekad adalah stesen bas awam. Mangsa berpakaian biasa dan sukar untuk mengenal pasti identiti mereka buat masa ini.” – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here