13 militan Islam maut di selatan Filipina

0
43


ANGGOTA tentera membuat pemeriksaan seorang penunggang motosikal di Marawi. – Foto AFP

MARAWI: Seramai 13 anggota kumpulan Maute yang mempunyai kaitan dengan militan Daesh Islam maut, manakala lima askar serta seorang polis terbunuh dalam pertempuran di Marawi, selatan Filipina, hari ini.

Berikutan itu, tentera Filipina yang menaiki helikopter dan kereta perisai meningkatkan serangan terhadap kumpulan bersenjata terbabit yang turut dilaporkan membunuh orang awam.

Menurut jurucakap tentera, berkata kumpulan lelaki bersenjata itu mengamuk di kawasan majoriti Islam di Marawi, hingga memaksa Presiden Rodrigo Duterte menguatkuasakan undang-undang tentera di selatan negara itu.

Bagaimanapun, katanya, usaha menangani masalah itu sukar kerana militan sudah menguasai bangunan kediaman dan memasang bom di kebanyakan jalan, selain menahan penganut Katolik sebagai tebusan.

“Orang ramai kini ketakutan. Mereka tidak mahu membuka perniagaan. Semua pejabat ditutup. Kami tidak mahu orang awam digunakan sebagai perisai,” kata Datuk Bandar Marawi, Majul Usman Gandamra.

Marawi mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan kebanyakan daripada mereka sudah meninggalkan bandar itu.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here