13 tentera Turki maut nahas helikopter

0
48


ISTANBUL: Seramai 13 anggota tentera maut selepas helikopter yang mereka naiki terhempas akibat terlanggar kabel elektrik bervoltan tinggi di tenggara Turki.

Tentera, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata helikopter Cougar AS532 terhempas sebaik sahaja berlepas dari sebuah pangkalan di wilayah Sirnak yang bersempadan dengan Iraq dan semua 13 penumpang maut.

“Semua wira kita dalam helikopter ini syahid,” kata tentera.

Penemuan awal menunjukkan nahas itu disebabkan kemalangan, kata kenyataan itu, sambil menambah siasatan sedang dijalankan.

Ketua Turus Staf Turki, Jeneral Hulusi Akar, bergegas ke wilayah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan berasingan, pejabat gabenor tempatan berkata, pasukan penyelamat sudah dihantar ke lokasi kejadian.

Mac lalu, tujuh orang termasuk empat warga Russia terbunuh selepas sebuah helikopter persendirian terhempas di Istanbul akibat terlanggar menara televisyen. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here