14 bandar di Bolivia diisytihar kawasan bencana

0
93
Advertisement

LA PAZ: Menteri Pertahanan Bolivia, Javier Zavaleta mengisytiharkan 20 bandar diletakkan sebagai kawasan kecemasan sementara 14 bandar lain dinegara itu sebagai kawasan bencana.

Ia susulan hujan lebat berterusan yang melanda negara dan mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh.

“14 bandar tersebut melibatkan, Tiahunacu di La Paz, empat bandar di Santa Cruz, dua di Potosi, tiga di Chuquisaca dan satu di Cochabamba,” ujarnya.

Di Cochabamba, penduduk terpaksa mengorek dan membuang lumpur yang memusnahkan kediaman mereka sekaligus hilang tempat tinggal.

Selain itu, banjir menyaksikan seluruh jalan penuh diselaputi lumpur.

Sejak banjir lumpur melanda pada Rabu, dua orang disahkan terkorban dengan tiga yang lain dikhuatiri masih hilang.

Dalam pada itu, Presiden Evo Morales turut mengisutiharkan beberapa daerah sebagai kecemasan selepas mengalami kemusnahan teruk dilanda banjir lumpur.

Beliau pada masa sama turut mengumumkan peruntukan dana kepada lebih 8,200 keluarga yang  terlibat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here