14 cedera pusat beli belah terbakar di Moscow

0
26


SEKURANG-KURANGNYA 14 cedera selepas sebuah pusat beli-belah terbakar di Moscow. – Foto EPA

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 14 cedera selepas sebuah pusat beli-belah di sini, terbakar dan memaksa ribuan pelanggan dipindahkan.

Kira-kira 200 anggota bomba dan 60 jentera turut dikerah untuk memadamkan kebakaran, selain menyelamatkan empat mangsa yang terperangkap dalam Pusat Beli Belah Rio, yang terletak timur laut ibu negara Russia itu.

“Empat belas orang sudah dimasukkan ke hospital, empat daripada mereka berada dalam keadaan kritikal,” kata Timbalan Datuk Bandar, Piotr Birioukov kepada agensi berita Interfax.

Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dan punca kejadian masih belum diketahui. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here