14 maut nahas bas di Ecuador

0
48


QUITO: Empat belas orang maut dan 30 yang lain cedera apabila sebuah bas terbabas, terbalik dan terbakar di lebuh raya tengah Ecuador.

Kolonel Cristian Barreiro dalam rakaman video yang disiarkan perkhidmatan kecemasan Ecu911, berkata kemalangan berlaku pada jam 10 malam waktu tempatan kelmarin di lebuh raya, di antara ibu negara Quito dan La Mana, sebuah bandar di beberapa wilayah pergunungan Andes.

Ketua Agensi Pengangkutan Nasional, Pablo Calle, mengarahkan lesen syarikat pengendali kenderaan itu digantung kerana tidak diselenggara dengan baik, malah menurutnya kenderaan itu tidak patut digunakan.

Mangsa terselamat dihantar ke beberapa hospital di Quito dan wilayah Santo Bomingo, manakala pihak berkuasa mengenap pasti mangsa terkorban.

Menteri Kesihatan, Verinica Espinosa, berkata 30 mangsa cedera, 16 sudah dibenar pulang dan 14 lagi masih berada di wad dengan seorang daripada mereka dalam unit rawatan rapi.

“Takziah kepada keluarga mangsa. Saya berharap anda bersabar,” kata Presiden Lenin Moreno menerusi Twitter.

Kemalangan jalan raya adalah antara pembunuh utama di Ecuador. Awal tahun ini, 20 maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di jalan pesisir pantai.

Dalam insiden berasingan, 11 maut di luar Quito apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here