14 militan PKK maut dalam serangan Turki

0
50


ANKARA: Tentera Turki membunuh 14 militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dalam serangan udara di utara Iraq, hari ini.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, enam militan terbunuh di sekitar kawasan Sinat-Haftan, manakala lapan lagi di Adiyman dalam dua serangan udara.

PKK yang melancarkan pemberontakan selama tiga dekad ke atas Turki, mendirikan kem di kawasan pergunungan utara Iraq berhampiran sempadan Turki.

Turki meningkatkan serangan ke atas PKK di utara Iraq dan sekutu Kurdis-Syria, Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) sejak beberapa minggu lalu.

Serangan Turki ke atas YPG, militia disokong Amerika Syarikat (AS), yang menentang Daesh di Syria, sekali gus menyukarkan lagi hubungan dengan Washington. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here