147 nelayan India dibebaskan pihak berkuasa Pakistan

0
61
Advertisement

KARACHI: Kerajaan Paskistan hari ini membebaskan 147 nelayan India yang ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.

Menurut jurucakap Penjara Malir di Karachi, pembebasan itu atas dasar kemanusiaan dan keperihatinan.

Tambahnya, kesemua nelayan tersebut dihantar ke stesen Lahore Cantt, sebelum meneruskan perjalanan ke India melalui sempadan Wagah.

Nelayan yang dibebaskan dari Penjara Ladhi itu dijangka akan tiba di India esok.

Kos perjalanan nelayan itu akan dibiayai oleh Tabung Yayasan Edhi, lapor Geo News Pakistan.

Pada 1 Januari, kerajaan Pakistan menyerahkan senarai nama 457 tahanan warga India kepada Suruhanjaya Tinggi India, termasuk 58 tahanan awam dan 399 nelayan.

Kementerian Luar Negeri Pakistan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, langkah ini sejajar dengan peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian Konsuler Perjalanan antara Pakistan dan India yang dimeterai pada 21 Mei 2008.

Di bawah perjanjian ini, kedua-dua negara itu perlu bertukar senarai tahanan di negara masing-masing dua kali setahun, pada 1 Januari dan 1 Julai.

Nelayan dari India dan Pakistan sering ditahan kerana menangkap ikan secara haram berikutan ketiadaan persempadanan di Lautan Arab.

Selain itu nelayan dari kedua-dua negara tersebut masih menggunakan bot yang tidak dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menentukan lokasi sebenar mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here