15 anggota kartel dadah Colombia ditahan

0
59


BOGOTA: Pihak berkuasa sudah menahan 15 orang dipercayai sebagai antara kartel paling berkuasa di Colombia, iaitu Gulf, kata pihak pendakwaan, semalam.

Menurut pejabat pendakwaan jenayah terancang, semua suspek, iaitu masing-masing 12 dewasa dan tiga lagi yang masih di bawah umur, ditahan di Docordo, di barat laut wilayah Choco.

Kumpulan didakwa menculik pasangan adik-beradik Damiro Cardenas Victoria dan Anselmo Cardenas Victoria. Mayat kedua-duanya ditemui pada 19 April lalu.

Semua suspek dewasa terbabit ditahan sementara menunggu perbicaraan, manakala suspek bawah umur diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan kanak-kanak dan keluarga masing-masing.

Sementara itu, pendakwaan berkata, pihak polis menembak mati ‘el Zorro’, dipercayai pemimpin kartel yang sama di Barbacoas, Narino.

Kartel Gulf ditubuhkan oleh kumpulan separa tentera yang dibubarkan pada 2006. Mereka dipercayai terbabit dalam pelbagai kegiatan pengedaran dadah, perlombongan haram dan jenayah kecil.

Colombia adalah pengeluar utama daun koka dunia, bahan mentah bagi menghasilkan kokain. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here