15 maut akibat banjir selatan China

0
15


KEADAAN banjir di wilayah Liuzhou, Guangxi, China – Foto REUTERS

BEIJING: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan berpuluh ribu penduduk terpaksa berpindah akibat bencana banjir di selatan China.

Media tempatan, Xinhua melaporkan, tujuh orang maut di wilayah Guangxi susulan hujan lebat, manakala 23,000 penduduk dipindahkan ke beberapa kawasan lebih selamat, lewat malam semalam.

Di wilayah jiran, Hunan, lapan terbunuh dan 300,000 dipindahkan.

Pentadbiran Meteorologi China berkata, lebih banyak hujan diramalkan beberapa hari lagi.

Banjir mengorbankan berpuluh-puluh orang di China, setiap tahun ketika hujan musim panas. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here