15 terbunuh dalam serangan di sebuah pasar pagi di Idlib

0
20
Advertisement

IDLIB: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan udara yang didakwa dilancarkan dari pesawat milik tentera Rusia di Syria.

Serangan pada Selasa itu menyasarkan sebuah kawasan pasar yang sibuk di bandar Ariha yang dikuasai kumpulan pemberontak.

Menurut saksi, pesawat terbabit adalah milik tentera Rusia kerana berlainan dengan bentuk pesawat milik tentera Syria yang usang.

Pertahanan Awam Syria melaporkan terdapat lebih 20 orang awam mengalami kecederaan.

Serangan terbabit merupakan serangan kedua dalam tempoh 24 jam, selepas yang pertama dilancarkan ke sebuah pusat beli belah di Idlib.

Menurut Pertahanan Awam, berpuluh-puluh serangan udara dilancarkan sejak Ahad lalu di beberapa buah bandar seperti di Khan Sheikhoun, Maarat al Numan, Saraqeb dan beberapa buah kampung.

Pada Isnin sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan di sebuah pasar berhampiran Saraqeb.

Serangan terbabit dilancarkan sejurus selepas serangan udara ke atas sebuah hospital yang dibantu badan kebajikan dari Perancis, Doktor Tanpa Sempadan (MSF).

Menurut MSF, dalam serangan itu sekurang-kurangnya lima orang terbunuh termasuk kanak-kanak selain mencederakan enam yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here