150 pemain ski tergantung di udara berjaya diselamatkan

0
52
Advertisement

AUSTRIA : Sekurang-kurangnya 150 pemain ski yang tergantung selama beberapa jam dari kerusi gantung di tengah Austria berjaya diselamatkan .

Menurut pihak berkuasa wilayah Styria, kerusi gantung yang membawa pemain ski berkenaan secara tiba-tiba berhenti akibat masalah teknikal di bahagian kabel.

Insiden berlaku di pergunungan Kreischberg di utara Klagenfurt.

Media tempatan Austria APA melaporkan operasi menyelamat membabitkan tiga helikopter, kumpulan penyelamat gunung dan turut dibantu kumpulan penyelamat lain.

Kesemua mereka  tergantung kira -kira diantara 23 dan 33 kaki di udara.

Mereka diselamatkan setelah diturunkan secara satu per satu oleh pasukan penyelamat. 

Tiada seorang pun dilaporkan mengalami sebarang kompilikasi kesan daripada cuaca sejuk biarpun tergantung selama beberapa jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here