151 maut, 112 masih hilang

0
54



Colombo: Pasukan penyelamat di Sri Lanka menemui lebih banyak mayat akibat kejadian tanah runtuh dengan jumlah kematian kini mencecah 151 manakala 112 masih hilang.

Seramai 95 mangsa masih dirawat di hospital. Walaupun cuaca semakin baik, hujan diramalkan berlaku sehingga hari ini seterusnya menambahkan kesukaran dihadapi lebih 100,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di barat serta selatan negara itu akibat hujan lebat selama dua hari.

Dengan hujan semakin reda, askar mengambil kesempatan membaiki akses ke kawasan paling teruk terjejas, kata Mejar Jeneral Sudantha Ranasinghe yang mengetuai misi mencari dan menyelamat.

Orang ramai turut dilihat meredah air setinggi paras lutut untuk mendapatkan bekalan bantuan dibawa trak tentera.

“Kami tidak yakin akan menemui lagi mangsa yang terselamat. Buat masa ini usaha diteruskan untuk membawa bantuan ke kawasan paling terpencil yang tidak dapat dijejaki sejak dua hari lalu.

“Kebanyakan mangsa mati akibat tanah runtuh, bukannya banjir, apabila kediaman mereka di lereng bukit ditimbus lumpur dan batu,” katanya.

Hampir 2,000 rumah musnah atau rosak manakala hampir setengah juta orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan kini berlindung di pusat pemindahan sementara atau bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kejadian banjir dan tanah runtuh itu adalah yang terburuk di Sri Lanka sejak 14 tahun lalu. – AFP

SHARE
Previous article'Masih buru suspek'
Next articleRezeki Ramadan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here