16 Baris: Tempat persembahan tak mampu tampung limpahan peminat hip hop?

0
57
Advertisement

KUALA LUMPUR : Bagi peminat muzik hip hop di negara ini, anda pasti teruja dengan showcase 16 Baris yang julung-julung kali diadakan malam ini.

Dengan barisan artis hip hop ternama seperti Joe Flizzow, DJ Cza, Altimet, A-Kid, Airliftz, Alif dan ramai lagi pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu.

Namun, showcase yang dipersembahkan secara percuma di The Bee, Publika dikatakan tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir.

Peminat yang hadir luah rasa kekecewaan mereka menerusi platform media sosial Twitter dan Instagram dengan hashtag #16baris yang mula tular sejak petang tadi.

Sementara itu, 16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100,000 menerusi video mereka di YouTube.

Astro AWANI baru saja menghubungi Joe Flizzow untuk mengulas tentang situasi tersebut.

BERITA LANJUT MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here