16 orang awam ditembak mati

0
82



TENTERA Filipina hari ini berkata, ia menemui 16 mayat orang awam yang ditembak mati oleh kumpulan militan dalam pertempuran yang masih berterusan di Marawi.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, antara yang mati itu termasuk empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

Mayat mereka ditemui berhampiran jalan menghala ke Universiti Negeri Mindanao.

Polis berkata, lapan lelaki lain juga ditembak mati dan mayat mereka dicampakkan ke dalam gaung di kampung di bandar itu.

Kertas bertanda yang disangkutkan pada mayat seorang lelaki menggambarkan mangsa bersikap curang terhadap kepercayaan mereka.

Menurut Padilla, 61 militan terbunuh dan 11 askar serta empat polis mati sejak pertempuran meletus Selasa lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here