17 maut letupan mercun

0
414
Advertisement



SEKURANG-kurangnya 17 terkorban dalam beberapa insiden letupan mercun dalam beberapa gudang di tengah Mexico, semalam termasuk pasukan penyelamat turut maut ketika misi menyelamat, kata pihak berkuasa.

Letupan pertama berlaku jam 9.30 pagi (waktu tempatan) di bandar Tultepec yang terkenal sebagai kawasan pembuatan dan pengeluaran bunga api.

“Kami kesal dengan kematian mereka yang terbunuh pagi tadi di La Sucera Tultepec termasuk anggota bomba dan polis yang terkorban ketika menyelamatkan mangsa lain,” menurut Palang Merah negeri menerusi Twitter.

Gabenor Alfredo del Mazo mengarahkan beberapa kementerian dalam negeri dan kesihatan segera ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa serta ahli keluarga mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 12:03 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here