17 penumpang dikhuatiri rentung

0
15



SEHINGGA 17 orang dikhuatiri terbunuh dalam kejadian bas pelancong yang membawa 46 penumpang terbakar selepas bertembung dengan lori tangki minyak di selatan Jerman, hari ini.

“Setakat ini kami boleh mengesahkan beberapa terbunuh dalam kejadian itu,” kata jurucakap polis, Juergen Stadter, kepada stesen televisyen NTV.

Pihak berkuasa enggan mengesahkan 17 penumpang itu terbunuh kerana usaha menggeledah bangkai bas yang rentung belum selesai.

Bas berkenaan membawa 46 penumpang dan dua pemandu, merempuh lori tangki berkenaan ketika kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya A9 berhampiran pekan Stammbach di Bavaria.

Seramai 31 mangsa cedera dan bas berkenaan dalam perjalanan dari Lausitz menuju Nuremberg. Selain itu belum diketahui penumpang bas berkenaan pelancong tempatan atau asing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 5:15 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here