18 maut bas terbakar di Jerman

0
11


BERLIN: Lapan belas terbunuh selepas sebuah bas persiaran terbakar akibat berlanggar dengan sebuah lori di negeri Bavaria semalam.

Dalam kemalangan pada jam 7 pagi itu, berhampiran Stammback, kira-kira 90 kilometer di timur laut Nuremberg, 30 lagi cedera.

Jurucakap polis, Irene Brandenstein, berkata setakat ini, punca nahas masih tidak diketahui.

Katanya, 48 mangsa yang berusia antara 41 dan 81 tahun berada dalam bas itu, kebanyakannya dari negeri Saxony, timur Jerman.

Katanya, identiti sejumlah mangsa masih belum ditentukan, tetapi polis percaya tiada penumpang bas warga asing terbabit, kata

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.

Bercakap di lokasi nahas, Menteri Pengangkutan Jerman, Alexander Dobrindt berkata, dua mangsa kini kritikal.

“Kebakaran memusnahkan keseluruhan bas. Hanya serpihan besi dapat dilihat.

“Anda kamu boleh bayangkan keadaan mangsa yang maut,” katanya.

– Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here