19 ahli mafia Lucchese diberkas di New York

0
46


NEW YORK: Seramai 19 ahli mafia Lucchese ditahan ejen persekutuan di sini hari ini, atas tuduhan terbabit dalam rangkaian jenayah yang menjadi inspirasi filem gangster ‘Goodfellas’.

Menurut dokumen mahkamah, antara defendan yang ditahan adalah anggota kumpulan yang menggunakan nama samaran, seperti ‘Paulie Roast Beef’ dan ‘Joey Glasses’.

Mereka ditahan atas pelbagai tuduhan seperti pembunuhan dan penjualan rokok secara haram.

Pihak pendakwaan berkata, jenayah yang dilakukan mempunyai kaitan dengan skim penipuan yang berlaku di New York sekurang-kurangnya 17 tahun lalu.

Sementara itu, keluarga Lucchese dianggap sebagai antara lima organisasi mafia yang beroperasi di New York dan New Jersey.

Kumpulan terbabit terkenal dengan kes rompakan di lapangan terbang pada 1978 yang menjadi ilham kepada penghasilan filem arahan Martin Scorsese’s, iaitu ‘Goodfellas’ yang berjaya meraih Anugerah Akademi pada 1990.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here