19 maut bas terjunam ke gaung di Myanmar

0
65


SEMBILAN belas orang maut manakala 21 yang lain cedera selepas bas dinaiki mereka terbalik ke dalam gaung di timur Myanmar. – Foto AFP

YANGON: Sembilan belas orang maut manakala 21 yang lain cedera selepas bas dinaiki mereka terbalik ke dalam gaung di timur Myanmar.

Bas terbabit membawa kira-kira 40 penumpang dari wilayah tengah Bago apabila ia terbabas akibat kegagalan brek dan terjunam dari lebuh raya berhampiran Myawaddy, bandar di sempadan Thailand, semalam.

“Sembilan belas mangsa terbunuh dan 21 lagi cedera sementara yang lain tidak cedera. Bas terbabit terjunam ke dalam gaung sempit dan dalam,” kata Ketua Polis Karen Kyi Lin.

Polis dan kumpulan bantuan tempatan membawa mangsa yang cedera ke hospital berhampiran.

Sebuah hospital di Mae Sot, bandar Thailand menyeberangi sempadan, menerima tujuh mangsa nahas yang berada dalam keadaan kritikal. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here